Bahaya simpan musuh dalam selimut
RIDHUAN TEE ABDULLAH 6 JUN 2016 SAYA bersyukur kerana meninggalkan parti ultra kiasu yang anti Islam, tidak malu, berpura-pura menyokong kerajaan bagi mendapatkan projek, tetapi bila tiba musim pilihan raya, mereka sokong DAP menentang agenda Islam. Dua puluh tahun lalu, saya mohon menjadi ahli MCA yang hanya diluluskan 5 tahun kemudian pada tahun 2000. Setelah sekian lama menunggu, saya dicampakkan ke Rawang, sedangkan saya tinggal di Ampang. Presidennya berkata, MCA mempunyai keahlian 1.07 juta. Betul ke? Jika betul, kenapa tidak pernah menang di kawasan majoriti Cina menentang DAP? Kenapa mengemis kerusi di kawasan majoriti Melayu untuk menang? Melayu yang memenangkan MCA. MCA pula menjaga kebajikan dan perut bangsa sendiri. Masih tidak rasis? Adilkah? Berita akhbar bahasa Inggeris dan Cina mereka sudah menjadi suara DAP saban hari. Sama juga seperti parti Gerakan dan MIC. Pemimpin MCA pula tidak tahu saya ahli seumur hidup. Kononnya tidak nampak muka saya dalam ac...